1. Gangguan Emosi
a. Definisi
ü Satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oleh murid-murid.
ü Kamus Dewan : akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
b. Tanda-tanda masalah emosi
• Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
• Selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
• Sentiasa kelihatan letih
• Kerap sakit perut
• Mudah diserang penyakit
• Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
• Pencapaian akademik yang semakin merosot
• Sering berasa cemas, takut dan benci
• Konsep kendiri yang lemah
• Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
• Suka bergaduh
• Kerap berbohong
• Bertindak liar untuk menarik perhatian
• Tindak balas kurang matang
• Berperawakan ganjil
• Membela diri secara tidak menentu
• Menunjukkan perasaan dengki\Mengkritik secara keterlaluan
• Suka termenung atau berkhayal
c. Punca Gangguan Emosi
· Persekitaran sekolah
· Gaya pengajaran guru
· Peristiwa dalam keluarga
· Pengaruh keluarga
· Pengaruh rakan sebaya
· Tindakan guru
d. Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi
Ø Peranan ibu bapa
Ø Tindakan guru
Ø Gaya pengajaran
Ø Kepimpinan guru
Ø Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
Ø Kerjasama
Ø Penerapan nilai
Ø Suasana ceria
Ø Penerangan jelas
2. Hak Asasi Kanak-kanak
· Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
· Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama. Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
· Orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan. Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.
Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut:
· untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
· untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
· untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
· untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
· untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
· untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
· untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
· untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan
0 comments:
Post a Comment