CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI


CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat.Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara ‘glokal’ yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa depan pelajar.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

CABARAN GURU ZAMAN SIBER

Kerjaya sebagai pendidik sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Tidak hairanlah, selain ibu bapa, guru dan pendidik adalah orang yang amat dipercayai dan dihormati pelajar dan masyarakat. Mereka menjadi contoh terbaik kepada pelajar dan sentiasa dipandang tinggi. Pepatah ada mengatakan guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.
Mungkin bukan suatu yang memeranjatkan jika ada yang masih mengingati guru mahupun pensyarah mereka walau sudah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan dan universiti. Di sekolah rendah guru adalah ejen yang membentuk peribadi kanak-kanak sejak kecil. Mereka diajar dengan pelbagai asas ilmu dan nilai murni. Guru mengajar membaca, menulis, mengira dan berbudi bahasa seperti mengucapkan terima kasih, saling bekerjasama dan berakhlak mulia. Sering kali kita dapati guru di sekolah rendah terdiri daripada mereka yang sangat penyayang dan prihatin terhadap murid mereka.

Di peringkat sekolah menengah guru memberi ilmu dan memupuk sikap bertoleransi serta menjadi pendengar yang baik kepada murid yang mengalami transisi daripada kanak-kanak menjadi remaja. Di universiti misalnya, pendidik yang baik disenangi pelajar, malah mudah untuk pelajar berinteraksi dan berbincang.
Evolusi kerjaya guru Namun apabila zaman berubah, kerjaya guru mengalami evolusinya tersendiri. Jika zaman dulu guru terdiri daripada mereka yang benar-benar minat menjadi pendidik dan sanggup berkorban untuk kerjaya berkenaan, zaman siber memperlihatkan pola perubahan kepada profesion itu.

Walaupun ramai antara mereka yang memohon menjadi guru kerana minat mendalam dalam kerjaya itu, namun ada sesetengahnya memilih kerjaya mendidik kerana terpaksa. Profesion itu adalah pilihan kedua mereka yang tidak berjaya mendapat pekerjaan mengikut jurusan dipelajari.

Kerjaya ini dianggap sebagai suatu ‘survival’ untuk hidup kerana kesukaran mendapat pekerjaan lain. Mungkin ada antara mereka pada mulanya hanya suka-suka memilih kerjaya ini, namun akhirnya mula mencintai profesion ini apabila sudah bergelar pendidik.
Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang menjadikan profesion ini sekadar tempat persinggahan dengan sekadar mendapat gaji dan tidak dapat menjiwai profesion ini secara menyeluruh.

Selain tidak dapat menjiwai profesion yang mulia ini dengan baik, mereka juga gagal menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar serta tidak ikhlas menjalankan amanah yang diberi.
Transformasi pengajaran Sememangnya tidak dinafikan cabaran menjadi seorang guru di zaman siber ini amat besar dan memerlukan satu transformasi cara pengajaran yang berkesan. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan dan kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu kepada generasi tanpa wayar sekarang ini.

Seorang pendidik perlu memiliki peribadi yang baik seperti sabar, belas kasihan, kreatif, berilmu, bijaksana dan berpengalaman.

Memetik kata-kata Prof Dr Sidek Baba dalam buku Pendidikan Rabbani, beliau menjelaskan bahawa pendidik bukan saja mempunyai ilmu pengetahuan, maklumat atau pengalaman, malah kepakaran mengenai sesuatu.

Selain itu, pendidik juga mesti memberi contoh dan pekerti yang baik ketika mendidik. Mereka juga mesti mempunyai sifat kesabaran, ikhlas, amanah, adil serta bertimbang rasa dan lain-lain kualiti yang penting dalam proses pendidikan.

Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bukan mudah menjadi guru yang mempunyai peribadi agung dan dihormati pelajar. Mereka menjadi pendidik terbilang apabila dapat melahirkan generasi berkualiti dan berakhlak mulia yang diperlukan negara dan masyarakat.

Kisah pengorbanan guru di luar bandar patut dijadikan contoh kepada guru yang mengajar di bandar besar dengan segala kemudahan berada di hujung jari.

Bayangkan guru di kawasan pedalaman terpaksa menaiki bot, meredah hutan dan berkorban banyak perkara untuk menyampaikan ilmu kepada murid mereka. Namun mereka masih bertahan dengan kerjaya berkenaan.

Walaupun negara sudah semakin maju, kita jangan pula lupa bahawa masih ada beberapa kawasan pedalaman yang tidak mendapat kemudahan dalam pembelajaran. Sesetengah sekolah di kawasan mundur masih amat jauh ketinggalan.

Mereka tidak mempunyai kemudahan moden, umpamanya komputer, ada kalanya kerusi dan meja juga amat daif selain kekurangan kelengkapan, infrastruktur dan prasarananya.

Namun semangat guru yang mengajar di kawasan seumpama ini amat dipuji. Penulis pernah membuat tinjauan di sebuah kawasan pedalaman di hulu Perak dan mendapati kegigihan guru serta murid dalam proses pembelajaran amat jauh berbeza dengan sekolah di bandar yang bukan saja lengkap dengan alat pembelajaran canggih dan moden, malah ada antaranya memiliki kelas berhawa dingin. Justeru, dalam dunia pendidikan masa kini, melahirkan guru yang benar-benar menjiwai kerjaya mendidik bukanlah mudah. Landskap pendidikan juga sudah banyak berubah. Guru bukan saja diamanahkan dengan tugas hakiki, tetapi juga terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran, kokurikulum selain memegang jawatan tertentu dalam persatuan dalaman dan luar sekolah.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, guru diharap akan gigih mencurahkan bakti mereka dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi modal insan berkualiti dari sudut ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik. Ingatlah bahawa pendidik terbilang melahirkan pelajar cemerlang.

PERANAN MASYARAKAT SEKOLAH

Masyarakat sekolah terdiri daripasa pihak pentadbir dan guru-guru. Mereka merupakan penggerak kepada tonggak ini untuk mencapai pendidikan yang cemerlang. Bagi memastikan kejayaan sesebuah sekolah, guru dan pihak pentadbir memainkan peranan yang penting. Antara peranan guru dan pihak pentadbir ialah:

soalan tugasan EDU3093

Tugasan Projek :

Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)

Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebooktwitterhi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan  seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.

Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus EDU3093.  Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya. 

Tugasan 2.
Penulisan (30%)
Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Hasilkan peta pemikiran i-Think  berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan stress dalam kalangan guru.

PanduanPelaksanaanProjek :

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2.  Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

     2.1.  Mukadepan hendaklah mengikut templat terkini.
     2.2.  Bentuk tulisan font arial-saiz 11
     2.3.  Langkau 1.5 baris (one and half spacing)
     2.4.  Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3.  Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15
     mukasurat.

4.  Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5. Tugasan individu dan kumpulan hendaklah dihantar secara berasingan

5.  Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6.  Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

1.  Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2.  Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
     dikemukakan.

3.  Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
     ilmiah.

4.  Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

5.  Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
     bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

6.  Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
     kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya sumber 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,
     2 bahan bercetak yang lain).

FAKTOR DAN CARA MENANGANI STRESS DALAM KALANGAN GURU

1.0 PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.
Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).
2.0 DEFINISI STRES
Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.
Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.
Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.
Secara keseluruhannya stres adalah :
· Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.
· Gangguan fungsi kehidupan.
· Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup.
· Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.
· Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.
· Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.
3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU
Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;
· Faktor diri.
· Faktor interpersonal.
· Faktor organisasi.
· Faktor kekurangan sumber.

3.1 Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
3.2 Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri
.
3.3 Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;
· Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
· Tugasan kerja berterusan (kronik).
· Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
· Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
· Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
3.4 Faktor kekurangan Sumber.
Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.

4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
4.1 Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
4.2 Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3 Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4 Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

5.0 KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.
Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".
Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.
Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.
Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".
Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.



6.0 PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa

1.0 PENGENALAN.

Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr  Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
 Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh.  
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
1.0   KONSEP
2.1  Konsep Transformasi
Definisi transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa maksud  perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia). Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu bentuk perubahan ke arah kebaikan.
Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan situasi baru.
            Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin merangkumi pelbagai aspek penting.

2.2  Konsep Kurikulum
Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidikan.
            Terdapat pelbagai definisi terhadap istilah kurikulum yang dinyatakan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing.

Menurut pendapat Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga turut dinyatakan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal oleh Hargreaves dalam Hansen et al. (2002). Pelajaran formal merangkumi kurikulum yang telah ditetapkan matlamat serta rancangan oleh kementerian, kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan) dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.

Rumusannya, tafsiran kurikulum merangkumi skop yang sangat luas berdasarkan kepelbagaian definisi yang telah dinyatakan. Kurikulum merangkumi kesemua aspek pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid secara formal atau tidak formal dan memberi kesan terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek setiap murid.

2.0   ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM  MEREALISASIKAN TRANSFORMASI KURIKULUM PERSEKOLAHAN
Transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).
            Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima dan melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai alasan.
            Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas guru sebagai satu isu utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan guru di sekolah apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.
Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.
Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003  telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program  tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.
Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid.
Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada  oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, “sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik”. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan mereka.



4.0  GANGGUAN EMOSI PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI GURU

Rajah 1 : Kesan Terhadap Emosi Murid dan Guru


ISU : BEBANAN TUGAS GURU

Transformasi yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan secara dasarnya memberi banyak kebaikan terhadap perkembangan seluruh anggota masyarakat. Namun begitu, hakikatnya para guru terpaksa memikul lambakan tugas yang semakin bertambah. Keadaan ini memaksa guru untuk melakukan bidang tugas di luar keupayaan mereka. Dengan itu, tangggungjawab dan tugas guru yang semakin mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung. Stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka.
            Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres. Tekanan emosi yang dialami oleh guru ini sekiranya tidak dikawal akan memberikan kesan terhadap persekitaran kerja mereka. Contohnya stress dalam kalangan guru menyebabkan  potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Hal ini seterusnya memberi kesan terhadap emosi murid tersebut.
            Seterusnya, bebanan kerja yang dialami oleh guru akibat daripada perubahan dalam bidang pendidikan akan menyebabkan berlakunya burn out. Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Dalam hal ini, seseorang guru dikatakan mudah untuk mengalami fenomena burn out apabila merasakan mereka tidak berkemampuan lagi menanggung beban emosi yang tidak stabil. Bebanan kerja yang banyak akan menyebabkan guru tidak boleh memberi tumpuan kepada sebarang tugasan kerana kebosanan kerja yang tidak mendatangkan kepuasan pada diri. Burn out bukan hanya memberi impak negatif terhadap kesihatan diri guru malahan turut menyebabkan penurunan produktiviti dan kerja guru sebagai pendidik.
Namun begitu, peningkatan beban kerja guru ini bukan hanya menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru malahan turut menyebabkan gangguan emosi terhadap pelajar. Gangguan emosi merupakan gangguan yang diterima oleh seseorang pelajar yang menyebabkan emosi pelajar tersebut tidak stabil.
Antara tanda awal gangguan emosi yang dialami oleh pelajar adalah kemerosotan pencapaian akademik. Bebanan tugas yang perlu dipikul oleh guru menyebabkan prestasi guru terjejas dan pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sebagai contohnya, guru yang kadang kala terpaksa meninggalkan kelas kerana harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah  secara langsung telah menyebabkan pelajar kelasnya terabai. Lama-kelamaan jika perkara ini sering dilakukan akan menyebabkan pelajar semakin malas dan tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya menyebabkan pencapaian akademik mereka mulai merosot. Pada ketika inilah pelbagai pihak mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap kelemahan guru yang gagal untuk mendidik pelajarnya walhal hakikatnya guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab sampingan yang lain.
Tanda awal gangguan emosi murid yang kedua adalah hilang daya tumpuan di dalam kelas. Murid yang mengalami gangguan emosi biasanya suka termenung, cepat marah, tidak selesa berada di dalam kelas dan sering berasa cemas. Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh kelakuan guru terhadap mereka. Contohnya, guru yang mengalami tekanan untuk merealisasikan matlamat sekolah bagi memenuhi transformasi pendidikan semasa berkemungkinan melepaskan tekanan tersebut kepada pelajar melalui hukuman yang tidak sewajarnya semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan sebegini bukan hanya menyebabkan pelajar tersebut membenci kelakuan guru terbabit malahan akan menjejaskan emosinya untuk belajar.
Seterusnya, tanda awal gangguan emosi yang dialami pelajar juga dikesan apabila mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Hal ini mungkin berlaku kerana tiadanya keseronokan dan semangat untuk menuntut ilmu. Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang pula oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar. Ini kerana tugas mereka bukan hanya mengajar tetapi turut dibebani tugas lain antaranya mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, urusan pentadbiran, urusan kurikulum dan kokurikulum serta hal ehwal murid bagi mencapai matlamat transformasi pendidikan.
Selain itu antara tanda awal lain yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar tersebut mengalami gangguan emosi adalah apabila pelajar tersebut menunjukkan konsep kendiri yang lemah. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang lemah akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, pasif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Kesan gangguan emosi yang dialami oleh murid ini mungkin lahir kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh guru kepadanya semasa di dalam kelas. Kesibukan guru kadang kala memaksa mereka untuk lebih memfokuskan pada sesi pengajaran  bagi menghabiskan silibus mata pelajaran. Hal ini telah mengurangkan sesi interaksi antara guru dan murid di dalam kelas.